Berita Baik yang Disampaikan oleh Lukas 3:1-38

  • Yohanes mula berkhidmat (1, 2)

  • Perkhabaran Yohanes tentang pembaptisan (3-20)

  • Pembaptisan Yesus (21, 22)

  • Salasilah Yesus Kristus (23-38)

3  Pada tahun ke-15 pemerintahan Kaisar Tiberius, ketika Pontius Pilatus ialah gabenor Yudea, Herodes*+ ialah pemerintah daerah Galilea, dan abangnya Filipus ialah pemerintah daerah Iturea dan Trakhonitis, dan Lisanias ialah pemerintah daerah Abilene,  semasa Hanas dan Kayafas+ menjadi ketua imam, Tuhan telah berfirman kepada Yohanes+ anak Zakharia yang berada di padang belantara.+  Maka dia pergi ke seluruh kawasan di sekitar Sungai Yordan untuk menyebarkan berita bahawa orang perlu dibaptis sebagai lambang mereka sudah bertaubat. Dengan ini dosa mereka akan diampunkan.+  Hal inilah yang tertulis dalam kitab Nabi Yesaya: “Seseorang sedang berseru di padang belantara, ‘Hendaklah kamu menyediakan jalan bagi Yehuwa!* Luruskanlah jalan bagi-Nya.+  Setiap lembah mesti ditimbus, setiap gunung dan bukit mesti diratakan, jalan yang berliku-liku mesti diluruskan, dan tempat yang berlekuk-lekak mesti diratakan.  Lalu semua orang akan melihat bagaimana Tuhan membawa penyelamatan.’”+  Kemudian, Yohanes berkata kepada orang ramai yang datang untuk dibaptis olehnya, “Kamu keturunan ular berbisa. Siapakah yang memberikan amaran kepada kamu untuk melarikan diri daripada kemurkaan Tuhan yang akan datang?+  Oleh itu, tunjukkanlah melalui perbuatan kamu bahawa kamu sudah bertaubat. Janganlah berkata kepada dirimu, ‘Abraham ialah bapa kami.’ Ketahuilah bahawa Tuhan mampu memberi Abraham keturunan daripada batu-batu ini.  Sesungguhnya kapak sudah diletakkan di pangkal pokok. Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang lalu dibuang ke dalam api.”+ 10  Oleh itu, orang ramai bertanya kepadanya, “Jika begitu, apakah yang harus kami lakukan?” 11  Dia berkata kepada mereka, “Hendaklah orang yang mempunyai dua helai pakaian memberikan sehelai kepada orang yang tidak mempunyai pakaian, dan hendaklah orang yang mempunyai makanan mengongsi makanannya.”+ 12  Bahkan pemungut cukai pun datang kepadanya untuk dibaptis.+ Mereka bertanya kepadanya, “Guru, apakah yang harus kami lakukan?” 13  Dia berkata kepada mereka, “Janganlah menuntut lebih daripada kadar cukai.”+ 14  Askar-askar juga bertanya kepadanya, “Apakah yang harus kami lakukan?” Dia berkata kepada mereka, “Janganlah memeras duit sesiapa pun atau melontarkan tuduhan palsu terhadap sesiapa pun.+ Hendaklah kamu berpuas hati dengan upah kamu.” 15  Oleh sebab orang ramai pada masa itu sedang menantikan Kristus, mereka semua tertanya-tanya dalam hati tentang Yohanes, “Mungkinkah dia ini Kristus?”+ 16  Maka Yohanes berkata kepada semua orang, “Aku membaptis kamu dengan air, tetapi dia yang datang selepas aku lebih berkuasa daripada aku, dan aku tidak layak untuk membuka tali kasutnya.+ Dia akan membaptis kamu dengan kuasa suci Tuhan dan api.+ 17  Tangannya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan membersihkan tempat mengirik* gandum dan mengumpulkan gandum yang bersih di dalam jelapang, tetapi dia akan membakar sekam di dalam api yang tidak dapat dipadamkan.” 18  Yohanes juga memberikan banyak nasihat lain dan terus mengisytiharkan berita baik kepada orang ramai. 19  Tetapi Yohanes menegur pemerintah daerah yang bernama Herodes, kerana Herodes mengahwini Herodias, isteri abang Herodes sendiri, dan kerana Herodes melakukan banyak kejahatan. 20  Kemudian, Herodes melakukan satu lagi perbuatan jahat: Dia mengurung Yohanes di dalam penjara.+ 21  Semasa semua orang dibaptis, Yesus juga dibaptis.+ Ketika dia sedang berdoa, langit terbuka,+ 22  dan kuasa suci Tuhan yang kelihatan seperti burung merpati turun ke atasnya. Kemudian kedengaran suara dari langit yang berkata, “Engkaulah Anak-Ku yang Aku kasihi. Aku berkenan kepadamu.”+ 23  Yesus+ berumur kira-kira 30 tahun+ semasa dia memulakan kerja penyebarannya. Menurut pandangan orang ramai,dia ialah anak Yusuf;+Yusuf ialah anak Heli; 24  Heli ialah anak Matat;Matat ialah anak Lewi;Lewi ialah anak Malkhi;Malkhi ialah anak Yanai;Yanai ialah anak Yusuf; 25  Yusuf ialah anak Matatias;Matatias ialah anak Amos;Amos ialah anak Nahum;Nahum ialah anak Hesli;Hesli ialah anak Nagai; 26  Nagai ialah anak Maat;Maat ialah anak Matatias;Matatias ialah anak Simei;Simei ialah anak Yosekh;Yosekh ialah anak Yoda; 27  Yoda ialah anak Yohanan;Yohanan ialah anak Resa;Resa ialah anak Zerubabel;+Zerubabel ialah anak Sealtiel;+Sealtiel ialah anak Neri; 28  Neri ialah anak Malkhi;Malkhi ialah anak Adi;Adi ialah anak Kosam;Kosam ialah anak Elmadam;Elmadam ialah anak Er; 29  Er ialah anak Yesus;Yesus ialah anak Eliezer;Eliezer ialah anak Yorim;Yorim ialah anak Matat;Matat ialah anak Lewi; 30  Lewi ialah anak Simeon;Simeon ialah anak Yudas;Yudas ialah anak Yusuf;Yusuf ialah anak Yonam;Yonam ialah anak Elyakim; 31  Elyakim ialah anak Melea;Melea ialah anak Mina;Mina ialah anak Matata;Matata ialah anak Natan;+Natan ialah anak Daud;+ 32  Daud ialah anak Isai;+Isai ialah anak Obed;+Obed ialah anak Boaz;+Boaz ialah anak Salmon;+Salmon ialah anak Nahason;+ 33  Nahason ialah anak Aminadab;Aminadab ialah anak Arni;Arni ialah anak Hezron;Hezron ialah anak Perez;+Perez ialah anak Yehuda;+ 34  Yehuda ialah anak Yakub;+Yakub ialah anak Ishak;+Ishak ialah anak Abraham;+Abraham ialah anak Terah;+Terah ialah anak Nahor;+ 35  Nahor ialah anak Serug;+Serug ialah anak Rehu;+Rehu ialah anak Peleg;+Peleg ialah anak Eber;+Eber ialah anak Selah;+ 36  Selah ialah anak Kenan;Kenan ialah anak Arpakhsad;+Arpakhsad ialah anak Sem;+Sem ialah anak Nuh;+Nuh ialah anak Lamekh;+ 37  Lamekh ialah anak Metuselah;+Metuselah ialah anak Henokh;Henokh ialah anak Yared;+Yared ialah anak Mahalaleel;+Mahalaleel ialah anak Kenan;+ 38  Kenan ialah anak Enos;+Enos ialah anak Set;+Set ialah anak Adam;+Adam ialah anak Tuhan.

Nota Kaki

Iaitu, Herodes Antipas. Lihat Kamus.
Mengirik ialah proses memisahkan buah daripada tangkai. Menampi ialah proses mengasingkan biji-bijian daripada sekam, dan nyiru ialah alat yang digunakan untuk menampi.