Satu Yohanes 5:1-21

  • Mengalahkan dunia dengan beriman kepada Yesus (1-12)

    • Erti mengasihi Tuhan (3)

  • Yakin akan kuasa doa (13-17)

  • Berwaspada di dalam dunia yang jahat (18-21)

    • Seluruh dunia dikuasai oleh Si Jahat (19)

5  Sesiapa yang percaya bahawa Yesus ialah Kristus merupakan anak Tuhan.+ Sesiapa yang mengasihi Bapa, mengasihi anak-anak-Nya juga.  Inilah caranya kita tahu bahawa kita mengasihi anak-anak Tuhan:+ Kita mengasihi Tuhan dan melaksanakan perintah-Nya.  Mengasihi Tuhan bererti mematuhi perintah-Nya.+ Perintah-Nya pun tidak membebankan,+  kerana semua orang yang merupakan anak Tuhan dapat mengalahkan dunia.+ Kita telah mengalahkan dunia dengan iman kita.+  Siapakah yang dapat mengalahkan dunia?+ Hanya orang yang percaya bahawa Yesus ialah Anak Tuhan.+  Yesus Kristus telah datang dengan air dan darah. Dia datang bukan dengan air sahaja,+ tetapi dengan air dan darah.+ Kuasa suci Tuhan memberikan kesaksian tentang hal ini,+ kerana kuasa suci Tuhan ialah kebenaran.  Ada tiga saksi:  Kuasa suci Tuhan,+ air,+ dan darah;+ ketiga-tiganya memberikan kesaksian yang sama.  Jika kita menerima kesaksian yang diberikan oleh manusia, kesaksian yang diberikan oleh Tuhan pasti lebih unggul, kerana Tuhan sendiri telah memberikan kesaksian tentang Anak-Nya. 10  Orang yang beriman kepada Anak Tuhan sudah mempercayai kesaksian yang diberikan kepadanya. Tetapi orang yang tidak beriman kepada Tuhan telah menjadikan Tuhan pendusta,+ kerana dia tidak mempercayai kesaksian yang diberikan oleh Tuhan tentang Anak-Nya. 11  Inilah kesaksian yang diberikan oleh Tuhan: Dia memberi kita kehidupan kekal,+ dan kehidupan itu diberikan melalui Anak-Nya.+ 12  Sesiapa yang menerima Anak itu, mempunyai kehidupan kekal. Tetapi sesiapa yang tidak menerima Anak Tuhan, tidak mempunyai kehidupan kekal.+ 13  Aku menuliskan hal-hal ini kepada kamu yang beriman kepada nama Anak Tuhan,+ supaya kamu tahu bahawa kamu mempunyai kehidupan kekal.+ 14  Inilah keyakinan* kita terhadap Tuhan:+ Jika kita memohon apa sahaja yang selaras dengan kehendak-Nya, Dia mendengarkan kita.+ 15  Memandangkan kita tahu bahawa Dia mendengar apa sahaja permintaan kita, kita yakin bahawa kita akan menerima perkara yang kita minta, kerana kita sudah memintanya daripada Tuhan.+ 16  Jika seseorang melihat saudaranya melakukan dosa yang tidak mengakibatkan kematian, dia harus berdoa bagi saudaranya, dan Tuhan akan memberikan kehidupan kepada saudara itu.+ Ya, Tuhan akan memberikan kehidupan kepada orang yang dosanya tidak mengakibatkan kematian. Namun, ada dosa yang mengakibatkan kematian,+ dan aku tidak mengatakan bahawa dia patut berdoa bagi orang yang melakukan dosa sedemikian. 17  Semua kejahatan ialah dosa,+ tetapi ada dosa yang tidak mengakibatkan kematian. 18  Kita tahu bahawa semua orang yang merupakan anak Tuhan tidak mengamalkan perbuatan berdosa. Mereka dijaga oleh Anak Tuhan, dan Si Jahat tidak dapat mengapa-apakan mereka.*+ 19  Kita tahu bahawa kita berasal daripada Tuhan, tetapi seluruh dunia berada di bawah kuasa Si Jahat.+ 20  Namun, kita tahu bahawa Anak Tuhan sudah datang,+ dan dia sudah memberi kita pengertian, supaya kita memperoleh pengetahuan tentang Tuhan yang benar. Kita bersatu dengan Tuhan yang benar+ melalui Anak-Nya Yesus Kristus. Ya, inilah Tuhan yang benar, dan inilah kehidupan yang kekal.+ 21  Anak-anak yang dikasihi, jauhkanlah diri kamu daripada berhala.+

Nota Kaki

Lihat Kamus, “Bercakap dengan berani.”
Atau “dan mereka tidak berada dalam cengkaman Si Jahat.”