Lompat ke kandungan

Siapakah yang Pergi ke Neraka?

Siapakah yang Pergi ke Neraka?

Jawapan Bible

 Neraka (atau “Sheol” dan “Hades” dalam bahasa asal Bible) sebenarnya merujuk kepada kuburan, dan bukannya tempat seksaan berapi. Siapakah yang pergi ke dunia orang mati atau neraka? Orang baik dan orang jahat. (Ayub 14:13, Alkitab Berita Baik; Mazmur 9:​18, Terjemahan Baru) Bible menyatakan bahawa kuburan manusia ialah “tempat yang ditentukan bagi semua yang hidup.”​—Ayub 30:23, Alkitab Versi Borneo.

 Yesus bahkan pergi ke dunia orang mati atau neraka semasa dia meninggal. Namun, “dia tidak dibiarkan terus berada di neraka,” kerana Tuhan membangkitkannya.​—Kisah 2:​31, 32, The Bible in Basic English.

Adakah neraka sebuah tempat yang kekal?

 Orang yang masuk ke dunia orang mati atau neraka akan keluar kerana Yesus akan membangkitkan mereka dengan kuasa yang diberikan oleh Tuhan. (Yohanes 5:​28, 29; Kisah 24:15) Nubuat di Wahyu 20:13 mengatakan bahawa semasa pembangkitan, “maut dan neraka menyerahkan orang mati yang ada di dalamnya.” (King James Version) Setelah neraka dikosongkan, neraka tidak akan wujud lagi. Tidak ada lagi orang yang akan pergi ke sana kerana “kematian tidak akan ada lagi.”​—Wahyu 21:​3, 4; 20:14.

 Namun, bukan semua orang yang mati akan pergi ke neraka. Bible menyatakan bahawa terdapat orang yang sangat jahat dan tidak mahu berubah. (Ibrani 10:26, 27) Apabila mereka mati, mereka tidak akan pergi ke neraka tetapi ke “Gehena,” yang melambangkan pembinasaan yang kekal. (Matius 5:​29, 30) Misalnya, pada zaman Yesus, dia mengatakan bahawa beberapa orang pemimpin agama yang munafik akan masuk ke “Gehena.”​—Matius 23:27-​33.