Lompat ke kandungan

Syarat Penggunaan

Syarat Penggunaan

Selamat Datang!

Laman web ini disediakan untuk membantu anda belajar lebih banyak lagi tentang Tuhan, Bible, dan Saksi-Saksi Yehuwa. Baca, tonton, dan muat turun bahan yang anda minati. Kami ingin orang lain memanfaatkan laman kami, tetapi tolong jangan memaparkan bahan daripada laman ini di laman web atau aplikasi lain. Anda dapat mengongsi apa yang anda pelajari dengan menggalakkan orang lain untuk mengunjungi laman web ini, seperti yang dinyatakan dalam Syarat Penggunaan di bawah.

 Hak Cipta

© 2024 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania. Hak cipta terpelihara.

Laman web ini diterbitkan dan diselenggarakan oleh Watchtower Bible and Tract Society of New York, Inc. (“Watchtower”). Kecuali apabila dinyatakan, semua teks dan maklumat lain yang terkandung dalam laman web ini ialah harta intelek Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania (“Watch Tower”).

 Tanda Dagang

Adobe, logo Adobe, Acrobat, dan logo Acrobat ialah tanda dagang Adobe Systems Incorporated. Apple, iTunes, dan iPod ialah tanda dagang Apple Inc. Microsoft, logo Microsoft, serta nama mana-mana perisian dan produk Microsoft, termasuk Microsoft Office dan Microsoft Office 365, ialah tanda dagang Microsoft Inc. Android ialah tanda dagang Google LLC. Robot Android dihasilkan semula atau diubah suai daripada karya yang dihasilkan dan dikongsi oleh Google dan digunakan menurut syarat-syarat yang dinyatakan dalam Creative Commons 3.0 Attribution License (https://creativecommons.org/licenses/by/3.0/us/). Semua tanda dagang dan tanda dagang berdaftar yang lain ialah milik pemunya masing-masing.

 Syarat Penggunaan dan Lesen untuk Penggunaan Laman Web

Syarat Penggunaan berikut bertujuan untuk mengawal penggunaan anda dalam laman web ini. Jika anda menggunakan laman web ini, hal ini bermaksud anda menerima semua Syarat Penggunaan. Jika anda tidak bersetuju dengan seluruh atau mana-mana bahagian Syarat Penggunaan, anda tidak boleh menggunakan laman web ini.

Apakah penggunaan yang diizinkan? Menurut sekatan-sekatan yang dinyatakan di bawah, anda boleh:

  • Membaca, memuat turun, dan mencetak gambar yang merupakan hak cipta Watch Tower, bahan bacaan elektronik, muzik, foto, teks, atau video dari laman web ini untuk kegunaan peribadi dan tujuan yang tidak bersifat komersial.

  • Mengongsi pautan atau mengirim salinan elektronik bagi bahan bacaan, video, atau rakaman audio yang dapat dimuat turun dari laman web ini.

Anda dilarang:

  • Memaparkan gambar, bahan bacaan elektronik, tanda dagang, muzik, foto, video, atau rencana dari laman web ini dalam Internet (mana-mana laman web, laman perkongsian fail, laman perkongsian video, atau rangkaian sosial).

  • Mengedarkan gambar, bahan bacaan elektronik, tanda dagang, muzik, foto, teks, atau video dari laman web ini bersama atau sebagai sebahagian daripada mana-mana perisian (termasuk memuat naik bahan sedemikian ke pelayan untuk digunakan dalam perisian).

  • Menghasilkan semula, menyalin, mengedarkan, atau dengan apa jua cara menggunakan mana-mana gambar, bahan bacaan elektronik, tanda dagang, muzik, foto, teks, atau video dari laman web ini untuk tujuan komersial atau untuk memperoleh wang (biarpun tidak melibatkan keuntungan).

  • Mencipta untuk tujuan pengedaran mana-mana perisian, alat, atau teknik yang khas untuk mengumpulkan, menyalin, memuat turun, mengekstrak, menuai, atau mengikis data, HTML, imej, atau teks dari laman ini. (Pengedaran perisian yang percuma dan tidak bersifat komersial yang direka untuk memuat turun fail-fail elektronik (seperti EPUB, PDF, MP3, AAC, MOBI, dan fail MP4) dari bahagian umum laman ini tidak dilarang.)

  • Menyalahgunakan laman web ini atau perkhidmatan yang disediakan, misalnya dengan mengganggu atau mengakses laman web ini atau perkhidmatannya menerusi cara lain selain daripada apa yang telah disediakan.

  • Menggunakan laman web ini dalam apa-apa cara yang akan atau mungkin merosakkan laman web ini, atau yang akan mengganggu atau mengehadkan fungsi laman web ini; atau menggunakan laman web ini dalam cara yang melanggar undang-undang, haram, berbahaya, atau untuk melakukan aktiviti penipuan atau apa-apa penggunaan yang berkaitan dengan aktiviti yang melanggar undang-undang, haram, berbahaya, atau aktiviti penipuan.

  • Menggunakan laman web ini atau mana-mana gambar, bahan bacaan elektronik, tanda dagang, muzik, foto, teks, atau video di laman ini untuk tujuan pemasaran.

  • Laman web ini menggunakan perkhidmatan Google Maps, yang merupakan perkhidmatan pihak ketiga yang di luar kawalan kami. Penggunaan Google Maps melalui laman web ini tertakluk kepada Syarat Perkhidmatan Tambahan Peta Google/Google Earth. Pihak kami tidak dimaklumkan tentang perubahan terkini dalam Syarat Perkhidmatan, maka sila membacanya sebelum menggunakan perkhidmatan Google Maps. Jangan menggunakan perkhidmatan Google Maps jika anda tidak menerima Syarat Perkhidmatan itu. Tiada maklumat pengguna yang diberikan kepada laman web ini melalui Google Maps.

 Bahagian Perubatan

Kandungan di bahagian perubatan dalam laman ini (“Bahagian Perubatan”) hanyalah untuk maklumat. Kandungannya bukanlah nasihat perubatan, dan tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat pakar, diagnosis, atau rawatan. Bahagian Perubatan ini tidak mengesyorkan atau menyokong mana-mana ujian, pakar perubatan, produk, prosedur, pendapat, atau maklumat lain yang disebutkan dalam Bahagian Perubatan.

Anda harus selalu mendapatkan nasihat doktor atau penjaga kesihatan lain yang berkelayakan jika anda mempunyai soalan tentang rawatan atau masalah kesihatan.

Laman web ini berusaha memuatkan maklumat yang tepat dan terkini dalam Bahagian Perubatan. Namun, maklumat yang anda akses melalui Bahagian Perubatan diberikan dalam keadaan “SEBAGAIMANA ADANYA” tanpa jaminan, sama ada yang tersurat atau tersirat. Laman ini tidak mengakui semua jaminan yang tersurat dan tersirat bagi Bahagian Perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jaminan tersirat bahawa maklumat itu dapat diperdagangkan atau sesuai untuk tujuan tertentu. Laman ini tidak memberi jaminan bahawa apa-apa maklumat yang diakses melalui Bahagian Perubatan adalah sahih, tepat, sesuai pada masa tertentu, berguna, atau lengkap. Laman ini tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau maklumat yang tidak dimasukkan dalam Bahagian Perubatan. Anda menganggung risiko sendiri jika anda bergantung pada apa-apa maklumat dalam Bahagian Perubatan. Laman Web ini dikecualikan daripada semua tuntutan, liabiliti, dan tanggungjawab (termasuk tanpa had, sebarang kerugian atau ganti rugi secara langsung atau tidak langsung, sebarang kecederaan peribadi atau maut, sebarang kerugian atau ganti rugi yang disebabkan kehilangan data atau gangguan perniagaan) berhubung dengan penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan Bahagian Perubatan, sama ada tuntutan, liabiliti, dan tanggungjawab itu berdasarkan waranti, kontrak, tort, dan mana-mana teori liabiliti yang lain, atau sama ada laman web ini dimaklumkan tentang apa-apa tuntutan, liabiliti, dan tanggungjawab yang mungkin timbul.

 Penafian Waranti dan Keterbatasan Liabiliti

Laman web ini dan semua maklumat, kandungan, bahan, dan perkhidmatan lain disediakan untuk anda menerusi laman web yang disediakan oleh Watchtower pada dasar “sebagaimana adanya.” Watchtower tidak membuat sebarang perwakilan atau waranti, sama ada tersurat atau tersirat.

Watchtower tidak memberikan waran bahawa laman web ini bebas daripada virus atau komponen lain yang berbahaya. Watchtower tidak akan bertanggungjawab atas mana-mana kerosakan yang timbul akibat penggunaan mana-mana perkhidmatan, atau daripada mana-mana maklumat, kandungan, bahan, atau perkhidmatan lain yang disediakan menerusi laman web, termasuk, tetapi tidak terbatas kepada kerosakan secara langsung, tidak langsung, sampingan, punitif, dan besar (termasuk kehilangan keuntungan).

 Pelanggaran Syarat-Syarat Penggunaan

Tanpa menjejaskan hak-hak lain pihak Watchtower di bawah Syarat-Syarat Penggunaan ini, jika anda melanggar Syarat-Syarat Penggunaan dalam apa jua cara, pihak Watchtower boleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelanggaran tersebut, termasuk menggantung akses anda ke laman web, melarang anda daripada mengakses laman web, menyekat komputer yang menggunakan alamat IP anda daripada mengakses laman web, menghubungi penyedia perkhidmatan Internet anda untuk memohon agar menyekat akses anda ke laman web dan/atau mengambil tindakan undang-undang terhadap anda.

 Variasi

Pihak Watchtower berhak mengubahsuai Syarat Penggunaan dari masa ke masa. Syarat Penggunaan yang diubahsuaikan akan dikuatkuasakan terhadap penggunaan laman web ini bermula dari tarikh penerbitan Syarat Penggunaan yang telah diubahsuai di laman web ini. Sila layari halaman ini dengan kerap untuk memastikan anda mengetahui versi yang terkini.

 Undang-Undang dan Bidang Kuasa

Syarat Penggunaan ini ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang New York, A.S., tanpa melanggar undang-undang yang sedia ada. Apa sahaja tindakan undang-undang yang berkaitan dengan Syarat Penggunaan patut dibawa ke hadapan mahkamah negeri atau mahkamah persekutuan yang mempunyai bidang kuasa di New York, A.S.

 Kebolehasingan

Sekiranya mana-mana bahagian Syarat Penggunaan yang ditentukan oleh pihak pengadilan atau pihak berkuasa sebagai terbatal, tidak sah, tidak dapat dikuatkuasakan, atau haram, bahagian-bahagian lain akan terus berkuat kuasa. Jika Watchtower gagal menguatkuasakan mana-mana Syarat Penggunaan, ini tidak harus dianggap sebagai penepian atau penyerahan hak untuk menguatkuasakan syarat tersebut.

 Keseluruhan Perjanjian

Syarat Penggunaan ini merupakan keseluruhan perjanjian antara anda dan pihak Watchtower sehubungan dengan penggunaan laman web ini, dan menggantikan semua perjanjian sebelumnya berkenaan dengan penggunaan laman web ini.