Lompat ke kandungan

Bolehkah Seseorang Berhenti Menjadi Saksi-Saksi Yehuwa?

Bolehkah Seseorang Berhenti Menjadi Saksi-Saksi Yehuwa?

 Ya. Seseorang boleh menarik balik keahliannya melalui dua cara berikut:

  •   Permohonan rasmi. Dia boleh memaklumkan atau menulis surat kepada organisasi Saksi-Saksi Yehuwa untuk menyatakan hasratnya.

  •   Perbuatan. Dia boleh melakukan sesuatu yang menunjukkan bahawa dia tidak lagi ingin menjadi seorang Saksi. (1 Petrus 5:9) Misalnya, dia mungkin menyertai agama lain dan menunjukkan niatnya untuk terus mengikut agama itu.​—1 Yohanes 2:​19.

Jika seseorang berhenti menginjil atau menghadiri perjumpaan Kristian, adakah ini bermakna bahawa dia bukan lagi seorang Saksi-Saksi Yehuwa?

 Tidak. Seseorang yang lemah secara rohani adalah berbeza daripada orang yang tidak lagi ingin menjadi seorang Saksi. Meskipun dia kurang aktif dalam kegiatan Kristian, hal ini tidak bermaksud bahawa dia telah meninggalkan organisasi kami. Individu tersebut mungkin menjadi lemah kerana perasaan tawar hati. Jadi, kami akan berusaha untuk memberikan kelegaan serta bantuan yang diperlukan, dan bukan mengabaikannya. (1 Tesalonika 5:​14; Yudas 22) Jika dia ingin dibantu, para penatua sudi memberinya sokongan yang diperlukan.​—Galatia 6:1; 1 Petrus 5:​1-3.

 Namun, para penatua tidak berhak memaksa seseorang untuk tetap menjadi seorang Saksi-Saksi Yehuwa. Setiap orang perlu membuat keputusan sendiri dalam hal ini. (Yosua 24:15) Kami percaya bahawa mereka yang menyembah Tuhan harus melakukannya dengan sepenuh hati.​—Mazmur 110:3; Matius 22:37.