Lompat ke kandungan

Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa Mengunjungi Orang yang Sudah Beragama?

Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa Mengunjungi Orang yang Sudah Beragama?

 Kami mendapati bahawa ramai orang yang sudah beragama suka membincangkan topik-topik Bible. Sudah pasti, kami menghormati hak orang untuk memilih agama sendiri, dan kami tidak memaksa mereka untuk menerima berita kami.

 Semasa berbincang tentang agama, kami berusaha menerapkan nasihat Bible untuk bersikap “lemah lembut dan hormat.” (1 Petrus 3:15, 16) Kami tahu sesetengah orang akan menolak berita kami. (Matius 10:14) Namun, kami tidak tahu reaksi orang lain selagi kami belum bercakap kepada mereka. Kami juga sedar bahawa situasi orang boleh berubah.

 Misalnya, orang yang terlalu sibuk hari ini mungkin sudi berbual dengan kami pada masa lain. Dan orang mungkin menghadapi masalah atau situasi baharu yang menggerakkan mereka untuk mendengar berita Bible. Oleh itu, kami cuba bercakap dengan orang berulang kali.