Lompat ke kandungan

Ucapkanlah “Aku Menyayangimu”

Ucapkanlah “Aku Menyayangimu”

 Ong-Li ialah salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa yang menetap di Bulgaria. Dia mempunyai seorang pelajar Bible yang bernama Zlatka, dan suami Zlatka tidak berminat pada Bible. Ong-Li berkata, “Semasa kami belajar tentang kehidupan keluarga, saya menekankan pentingnya untuk memberitahu pasangan atau anak-anak bahawa kita mengasihi mereka. Tetapi Zlatka memandang saya dengan sedih dan berkata bahawa dia tidak pernah memberitahu suaminya atau anak perempuannya bahawa dia menyayangi mereka.”

 Zlatka menjelaskan, “Saya sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mereka. Tetapi saya tidak dapat mengucapkan kata-kata itu.” Dia menyambung, “Ibu saya tidak pernah memberitahu saya bahawa dia mengasihi saya, dan nenek saya pun tidak pernah memberitahu ibu saya bahawa dia mengasihinya.” Ong-Li menunjukkan satu ayat Bible kepada Zlatka. Ayat itu mencatatkan bahawa Yehuwa mengatakan bahawa Dia mengasihi Yesus. (Matius 3:​17) Kemudian Ong-Li menggalakkan Zlatka untuk berdoa kepada Yehuwa tentang hal itu dan menetapkan matlamat untuk memberitahu suaminya dan anak perempuannya bahawa dia mengasihi mereka.

 Ong-Li berkata, “Dua hari kemudian, Zlatka memberitahu saya dengan gembira bahawa dia telah berdoa meminta bantuan Yehuwa. Apabila suaminya pulang, dia memberitahu suaminya bahawa menurut Bible, seorang isteri harus mengasihi dan menghormati suaminya. Kemudian, dia memberitahu suaminya bahawa dia amat menyayanginya! Apabila anak perempuannya pulang, dia memeluk anaknya dan berkata bahawa dia menyayanginya! Zlatka memberitahu saya, ‘Sekarang, saya berasa amat lega. Selama bertahun-tahun, saya tidak dapat meluahkan perasaan saya. Tetapi dengan bantuan Yehuwa, kini saya dapat meluahkan kasih sayang saya kepada keluarga saya.’

Ong-Li terus menawarkan kursus pembelajaran Bible secara percuma di kawasan tempat tinggalnya

 “Seminggu kemudian,” kata Ong-Li, “saya berjumpa dengan suami Zlatka, dan dia berkata kepada saya, ‘Banyak orang memberitahu saya bahawa Zlatka tidak patut belajar Bible dengan kamu, tetapi saya tahu bahawa pembelajarannya telah membantu keluarga kami. Kami lebih bahagia dan mempunyai hubungan yang lebih rapat.’”