Lompat ke kandungan

Tersalah Sangka sebagai Paderi

Tersalah Sangka sebagai Paderi

 Osman dan isterinya dan anak perempuan mereka sedang melakukan kesaksian dengan menggunakan rak bahan bacaan di luar sebuah perkuburan di Chile. Tiba-tiba, sekumpulan besar orang yang memainkan muzik yang kuat datang ke perkuburan untuk menjalankan upacara pengebumian. Beberapa orang tersalah sangka Osman sebagai paderi mereka, lalu menghampirinya dan memeluknya, sambil berkata, “Terima kasih kerana datang tepat pada masanya, Paderi, kami sedang menunggu-nunggu!”

 Walaupun Osman cuba menjelaskan bahawa dia bukan paderi mereka, suasana terlalu bising dan orang ramai tidak memahami apa yang dikatakannya. Tidak lama selepas kumpulan itu memasuki perkuburan, beberapa orang datang lagi kepada Osman dan berkata, “Paderi, kami sedang menunggu di perkuburan.”

 Setelah suasana menjadi lebih tenang, Osman dapat menjelaskan kepada mereka siapakah dia dan kenapa dia berada di sana. Setelah mereka meluahkan rasa meluat terhadap paderi mereka yang tidak datang, mereka pun menanya Osman, “Bolehkah encik masuk dan mengucapkan beberapa kata daripada Bible kepada kami?” Osman pun setuju.

 Dalam perjalanannya ke tempat pengebumian, Osman menanya mereka beberapa soalan mengenai orang yang meninggal itu dan berfikir tentang ayat-ayat Bible yang sesuai. Setelah sampai di kuburan itu, dia memperkenalkan diri sebagai seorang Saksi-Saksi Yehuwa, yang menyertai kerja mengumumkan berita baik kepada orang ramai.

 Kemudian, Osman membacakan Wahyu 21:3, 4 dan Yohanes 5:28, 29, dan menjelaskan bahawa Tuhan sebenarnya tidak ingin manusia mati. Sebaliknya, Tuhan akan membangkitkan orang yang sudah mati tidak lama lagi, dan mereka boleh hidup selama-lamanya di bumi. Setelah Osman selesai ucapannya, banyak orang memeluknya dan berterima kasih atas “berita baik daripada Yehuwa.” Osman pun kembali ke rak bahan bacaan.

 Selepas pengebumian, beberapa orang yang berkabung itu datang ke rak kesaksian dan menanya Osman dan keluarganya soalan-soalan tentang Bible. Mereka berbual dengan panjang lebar, dan mengambil hampir semua bahan bacaan daripada rak kesaksian.