Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Adakah Yohanes Pembaptis Benar-Benar Wujud?

Adakah Yohanes Pembaptis Benar-Benar Wujud?

 Buku Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes menyebut tentang seorang lelaki yang bernama Yohanes Pembaptis. Lelaki ini menginjil tentang Kerajaan Tuhan di Yudea. Adakah catatan Bible tentang lelaki ini dapat dipercayai? Marilah kita lihat:

  •   Bible menyatakan, ‘Yohanes Pembaptis menyebarkan berita di padang belantara Yudea. Dia berkata, “Bertaubatlah kerana Kerajaan di syurga sudah dekat.”’ (Matius 3:1, 2) Adakah catatan ini disahkan oleh sumber-sumber sekular? Ya.

     Seorang ahli sejarah pada abad pertama, Flavius Josephus, menulis tentang seorang lelaki yang bernama “Yohanes, yang dipanggil Pembaptis.” Dia menyatakan bahawa Yohanes ini “menggesa orang Yahudi untuk menjalani kehidupan yang adil dan benar,” untuk “menyembah Tuhan,” dan “untuk menerima pembaptisan.”—Jewish Antiquities, Buku XVIII.

  •   Bible menyatakan bahawa Yohanes menegur Herodes Antipas, iaitu pemerintah daerah Galilea dan Perea. Herodes mengakui diri sebagai pemeluk agama Yahudi dan mematuhi Hukum Musa, tetapi dia mengahwini Herodias, iaitu isteri kepada abangnya. Maka Yohanes menegur perbuatan salahnya itu. (Markus 6:18) Catatan ini juga disokong oleh sumber sekular.

     Ahli sejarah Josephus berkata bahawa Herodes “[jatuh] cinta dengan Herodias” dan “dengan berani melamar kakak iparnya itu.” Herodias menerima lamaran Herodes dan meninggalkan suaminya.

  •   Bible mencatatkan bahawa “orang dari Yerusalem, seluruh Yudea, dan semua kawasan di sekitar Sungai Yordan datang menemui [Yohanes] . . . dan dibaptis olehnya di Sungai Yordan.”—Matius 3:5, 6.

     Josephus juga bersetuju dengan catatan ini. Dia menulis bahawa orang datang “secara beramai-ramai” untuk berjumpa dengan Yohanes dan “mereka amat tersentuh dengan ceramahnya.”

 Jelaslah bahawa ahli sejarah abad pertama Josephus percaya bahawa Yohanes Pembaptis benar-benar wujud. Begitu juga dengan kita.