Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Jawapan Bible

Jawapan Bible

Mungkinkah dunia kita bebas daripada kemiskinan?

Bagaimanakah Tuhan akan mendatangkan satu dunia tanpa kemiskinan?—Matius 6:9, 10.

Penyakit dan kekurangan zat menyebabkan jutaan orang yang miskin mati setiap tahun. Meskipun terdapat sesetengah negara yang kaya, sebahagian besar manusia masih sangat miskin. Bible menyatakan bahawa kemiskinan merupakan masalah yang telah membelenggu manusia sejak dahulu lagi.—Baca Yohanes 12:8.

Untuk mengakhiri kemiskinan, kita memerlukan sebuah kerajaan sedunia. Kerajaan ini harus mengagihkan kekayaan dunia dengan sama rata, dan menamatkan peperangan yang mengakibatkan kemiskinan. Tuhan telah berjanji untuk mendirikan sebuah kerajaan yang dapat melakukan semua itu.—Baca Daniel 2:44.

Siapakah yang dapat membasmi kemiskinan?

Tuhan telah melantik Anak-Nya, Yesus untuk memerintah manusia. (Mazmur 2:4-8) Yesus akan membantu orang miskin, dan melenyapkan penindasan dan keganasan.—Baca Mazmur 72:8, 12-14.

Sebagai “Raja Damai” yang dijanjikan, Yesus akan membawa kedamaian dan keselamatan kepada seluruh dunia. Pada masa itu, semua orang akan memiliki rumah sendiri, kerja sendiri, dan mempunyai makanan yang berlimpah.—Baca Yesaya 9:5, 6; 65:21-23.