Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 5

Apakah Pengalaman yang Akan Anda Peroleh semasa Perjumpaan Kami?

Apakah Pengalaman yang Akan Anda Peroleh semasa Perjumpaan Kami?

Argentina

Sierra Leone

Belgium

Malaysia

Ramai orang tidak lagi menghadiri upacara keagamaan kerana mereka tidak memperoleh bimbingan rohani atau kelegaan hati. Namun, mengapakah anda patut menghadiri perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa? Apakah pengalaman yang akan anda peroleh di sana?

Anda memperoleh sukacita kerana bergaul dengan orang yang pengasih dan prihatin. Pada abad pertama, orang Kristian membentuk sidang dan mengadakan perjumpaan untuk menyembah Tuhan, mempelajari Bible, dan saling memberikan galakan. (Ibrani 10:24, 25) Mereka berkumpul dalam suasana yang penuh kasih bersama dengan saudara saudari Kristian yang lain. (2 Tesalonika 1:3; 3 Yohanes 14) Kami mencontohi mereka dan menikmati sukacita yang serupa.

Anda memperoleh manfaat kerana mempelajari cara menerapkan prinsip Bible. Seperti pada zaman Bible, lelaki, wanita, dan kanak-kanak berkumpul bersama. Guru-guru yang terlatih mengajar kita cara menerapkan prinsip Bible dalam kehidupan seharian. (Ulangan 31:12; Nehemia 8:8) Kita semua boleh menyertai perbincangan dan nyanyian untuk menunjukkan iman terhadap harapan Kristian.​—Ibrani 10:23.

Anda memperoleh berkat kerana iman anda kepada Tuhan dikuatkan. Rasul Paulus pernah menulis kepada sebuah sidang Kristian, “Aku ingin sekali berjumpa dengan kamu . . . supaya kamu dapat menggalakkan aku melalui iman kamu, dan aku dapat menggalakkan kamu melalui iman aku.” (Roma 1:11, 12) Di perjumpaan, pergaulan dengan rakan seiman memperkuat iman dan hasrat kita untuk hidup sebagai orang Kristian.

Datanglah ke perjumpaan kami yang berikutnya dan nikmatilah pengalaman ini! Kami mengalu-alukan kedatangan anda. Kami tidak mengenakan bayaran atau mengutip derma.

  • Perjumpaan kami diadakan berdasarkan contoh siapa?

  • Apakah manfaat yang kita peroleh apabila menghadiri perjumpaan?