Lompat ke kandungan

Saudara Kirill Gushchin dan isterinya, Svetlana

9 MAC 2022 | DIKEMASKINIKAN: 2 MEI 2024
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DIBEBASKAN DARIPADA TUDUHAN | Berdoa bagi Rakan Seiman Menguatkan Saudara Kirill Gushchin

TERKINI—SAUDARA DIBEBASKAN DARIPADA TUDUHAN | Berdoa bagi Rakan Seiman Menguatkan Saudara Kirill Gushchin

Pada 2 Mei 2024, Mahkamah Daerah Mayskiy di Republik Kabardino-Balkarian telah membebaskan Saudara Kirill Gushchin daripada tuduhan jenayah. Mahkamah mengumumkan keputusan tidak bersalah atas semua dakwaan terhadapnya.

Garis Masa

  1. 20 Mei 2020

    Pegawai FSB bertopeng dan bersenjata mengepung Kirill semasa dia keluar untuk kerja. Mereka menggari tangannya dan membawanya kembali ke apartmennya. Dia dan isterinya, Svetlana, berada di satu bilik sementara apartmen mereka digeledah. Seorang pegawai sorok bahan bacaan terlarang dalam bilik tidur mereka dan satu lagi bilik

  2. 26 April 2021

    Penyiasatan dimulakan ke atas Kirill selepas mendapat keterangan seorang individu yang rakam perjumpaan secara rahsia. Penyiasat tuduh Kirill kerana menyanyi dan berdoa serta bincang nasihat berguna Bible di 1 Korintus 13:8 yang berbunyi, “Kasih itu abadi.”

  3. 28 April 2021

    Pihak berkuasa mendakwa Kirill secara sah. Kes jenayah yang berasingan dibuka terhadap Svetlana dan empat saudari lain

  4. 19 Mei 2021

    Salah seorang pegawai FSB yang terlibat dalam penyiasatan dituduh kerana menggertak saksi. Dia pernah didapati bersalah kerana memalsukan bukti terhadap Saksi-Saksi Yehuwa. Ketua Bahagian Penyiasatan mengarahkan kes tersebut dikembalikan kepada pihak pendakwa untuk siasatan lanjut

  5. 7 Jun 2021

    Kes itu dibawa ke Mahkamah Daerah Mayskiy

Profil

Seperti Kirill, kita juga yakin bahawa Yehuwa akan jadi “tempat naungan pada masa kesusahan” baginya serta bagi semua saudara saudari yang tabah harungi penganiayaan di Rusia dan Crimea.—Mazmur 9:9, 10.