Lompat ke kandungan

Saudara Sergey Chechulin dan isterinya Yelena

19 MAC 2024 | DIKEMASKINIKAN: 23 APRIL 2024
RUSIA

TERKINI—PASANGAN DISABITKAN BERSALAH | ‘Yehuwalah yang Sedang Melegakan Saya’

TERKINI—PASANGAN DISABITKAN BERSALAH | ‘Yehuwalah yang Sedang Melegakan Saya’

Pada 22 April 2024 Mahkamah Bandar Petropavlovsk-Kamchatskiy di Kawasan Kamchatka mensabitkan Saudara Sergey Chechulin dan isterinya Saudari Yelena Chechulina. Mereka dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Seperti Sergey dan Yelena, kita juga menghargai Bible, iaitu kurniaan yang sempurna daripada Tuhan. Firman-Nya beri kita kebijaksanaan dan kekuatan untuk tetap setia semasa menghadapi cabaran hidup.—Mazmur 19:7.

Garis Masa

  1. 25 September 2022

    Kes jenayah dibuka

  2. 17 Oktober 2022

    Rumah digeledah

  3. 6 September 2023

    Sergey dikenakan sekatan perjalanan

  4. 7 September 2023

    Yelena dikenakan sekatan perjalanan

  5. 26 Disember 2023

    Perbicaraan kes jenayah bermula