Lompat ke kandungan

Hakim dan wakil perundangan di Mahkamah Daerah Oslo, Norway

28 MAC 2024
NORWAY

Saksi-Saksi Yehuwa Membuat Rayuan tentang Keputusan Mahkamah yang Bercanggahan dengan Perlembagaan Norway

Saksi-Saksi Yehuwa Membuat Rayuan tentang Keputusan Mahkamah yang Bercanggahan dengan Perlembagaan Norway

Pada 4 Mac 2024, Mahkamah Daerah Oslo telah menyokong keputusan kerajaan Norway untuk membatalkan pendaftaran sah bagi Saksi-Saksi Yehuwa di Norway. Saksi-Saksi Yehuwa di Norway akan membuat rayuan tentang keputusan itu.

Mahkamah Daerah Oslo

Pada hujung 2022, Gabenor Daerah Oslo dan Viken telah membatalkan pendaftaran Saksi-Saksi Yehuwa. Pada 30 Disember 2022, Mahkamah Daerah Oslo telah meluluskan permohonan untuk menangguhkan pembatalan itu buat sementara waktu. Dengan itu, siasatan juga diberhentikan. Kini, pihak kerajaan enggan mengiktiraf pendaftaran para Saksi di Norway, melainkan para Saksi mengubah aturan untuk menyingkirkan orang yang tidak mahu bertaubat dari sidang.

Pembatalan pendaftaran kita juga bermaksud kerajaan akan menarik balik bantuan kewangan dan bantuan lain yang diberikan selama ini. Bantuan sebegini dihulurkan kepada lebih daripada 700 organisasi agama yang berdaftar di Norway. Selain itu, para Saksi tidak lagi layak untuk dilantik sebagai pendaftar perkahwinan.

Sementara menantikan keputusan selanjutnya, kita akan terus berdoa ‘demi raja-raja, dan demi semua yang berkedudukan tinggi. Dengan demikian, kita dapat terus menjalani kehidupan yang tenang dan tenteram, dan mengabdikan diri kepada Tuhan dengan sepenuhnya.’—1 Timotius 2:1, 2.