Lompat ke kandungan

8 MEI 2024
BERITA GLOBAL

Hujan Lebat Menyebabkan Banjir yang Teruk di Kenya dan Tanzania

Hujan Lebat Menyebabkan Banjir yang Teruk di Kenya dan Tanzania

Pada April 2024, hujan lebat di Kenya dan Tanzania menyebabkan banjir yang teruk. Di Kenya, lebih daripada 185,000 orang terpaksa berpindah dan kira-kira 200 telah terkorban. Di Tanzania pula dianggarkan terdapat 200,000 orang terpaksa berpindah dan hampir 200 telah terkorban. Kemungkinan besar hujan lebat akan berterusan untuk minggu-minggu seterusnya.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Sedihnya, 1 saudari dan anak perempuannya telah terkorban

  • 59 penyiar terpaksa berpindah

  • 14 rumah mengalami kerosakan

  • 3 Dewan Perjumpaan dan 1 bangunan sekolah teokratik mengalami kerosakan

Bantuan yang Dihulurkan

  • Para penyelia litar dan penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada mereka yang terjejas

Kita berdoa untuk saudara saudari yang terjejas akibat bencana alam ini. Walaupun kita hidup pada masa genting ini, kita yakin bahawa tidak lama lagi kita “tidak perlu takut akan apa-apa pun.”—Yesaya 54:14.