Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JW LIBRARY

Fungsi Carian untuk Bible atau Bahan Terbitan​—Windows

Fungsi Carian untuk Bible atau Bahan Terbitan​—Windows

Di JW Library, anda boleh mencari perkataan dalam Bible atau dalam bahan bacaan dengan menggunakan fungsi carian.

Ikutlah langkah-langkah berikut untuk menggunakan fungsi carian:

 Cari dalam Bible

Anda boleh mencari satu perkataan atau ayat dalam Bible yang sedang dibaca.

Semasa membaca Bible, tekan butang Cari, kemudian taip perkataan yang ingin dicari. Semasa menaip perkataan itu, beberapa cadangan akan muncul. Pilih satu daripada cadangan itu, atau tekan butang Enter pada papan kekunci (keyboard) untuk melihat hasilnya.

Ayat Popular menunjukkan senarai ayat Bible yang sering dibaca dan yang padan dengan perkataan yang dicari. Semua Ayat menunjukkan semua ayat Bible yang sepadan mengikut urutan buku Bible. Rencana pula menunjukkan hasil yang dipadankan dengan rencana yang terdapat di bahagian pendahuluan dan lampiran dalam Bible.

Jika anda menaip beberapa perkataan, tandakan kotak Padankan Frasa yang Serupa. Anda akan melihat hasil carian yang sama seperti perkataan yang ditaip.

 Cari dalam Bahan Terbitan

Anda boleh mencari satu perkataan atau ayat dalam bahan yang sedang dibaca.

Semasa membaca suatu bahan, tekan kotak Cari, kemudian taip perkataan yang ingin dicari. Semasa menaip perkataan itu, beberapa cadangan akan muncul. Pilih satu daripada cadangan itu, atau tekan butang Enter pada papan kekunci untuk melihat hasilnya.

Jika anda menaip beberapa perkataan, tandakan kotak Padankan Frasa yang Serupa. Anda akan melihat hasil carian yang sama seperti perkataan yang ditaip.

 Cari Satu Topik

Jika anda sudah memuat turun buku “Pemahaman” (Insight on the Scriptures), anda boleh mencari topik daripada buku itu. Fungsi ini boleh digunakan semasa anda membaca Bible atau bahan terbitan melalui aplikasi ini.

Tekan kotak Cari lalu taip topik yang diingini. Semasa menaip topik itu, senarai cadangan yang dipadankan dengan topik daripada buku Pemahaman akan muncul. Tekan salah satu topik itu untuk membacanya.

Ciri-ciri ini boleh didapati sejak Oktober 2014 di JW Library 1.3.4, yang boleh digunakan bagi Windows 8.0 atau versi yang seterusnya. Jika anda tidak melihat ciri-ciri ini, sila ikut langkah-langkah yang dinyatakan dalam rencana “Cara Menggunakan JW Library​—Windows,” bahagian Dapatkan Ciri-Ciri Terkini.