Lompat ke kandungan

Adakah Tuhan Tinggal di Lokasi Tertentu?

Adakah Tuhan Tinggal di Lokasi Tertentu?

Jawapan Bible

 Ya. Tuhan tinggal di suatu lokasi yang tertentu, iaitu syurga. Perhatikan ayat-ayat Bible berikut:

 Semasa berdoa, Raja Salomo berkata, “Semoga Engkau mendengar dari tempat kediaman-Mu di syurga.”—1 Raja-Raja 8:43.

 Yesus Kristus mengajar murid-muridnya untuk berdoa kepada ‘Bapa yang di syurga.’—Matius 6:9.

 Selepas Yesus dibangkitkan, dia ‘masuk ke syurga. Sekarang di sana, dia menghadap Tuhan.’—Ibrani 9:24.

 Ayat-ayat Bible tersebut jelas menunjukkan bahawa Tuhan Yehuwa benar-benar wujud. Dia tinggal di syurga, dan bukannya berada di mana-mana sahaja.