Lompat ke kandungan

Adakah Tuhan Suatu Kuasa yang Tidak Kelihatan?

Adakah Tuhan Suatu Kuasa yang Tidak Kelihatan?

Jawapan Bible

 Tuhan memiliki kuasa yang tidak terbatas di seluruh alam semesta. Dia telah menciptakan bintang-bintang di langit yang tidak terhitung jumlahnya. Bible berkata, “Pandanglah ke langit dan perhatikanlah. Siapakah yang menciptakan bintang-bintang? Tuhan memimpin bintang seperti pasukan tentera; Dia menghitung bintang satu demi satu dan memanggil nama setiap bintang. Oleh sebab Dia sangat berkuasa dan amat bertenaga, tiada satu bintang pun yang hilang.”—Yesaya 40:25, 26.

 Namun, Tuhan bukanlah hanya sekadar suatu kuasa. Bible berkata bahawa Tuhan mempunyai perasaan seperti kasih dan benci. (Mazmur 11:5; Yohanes 3:16) Bible juga menyatakan bahawa perbuatan manusia boleh menggembirakan atau menyakiti hati Tuhan.—Mazmur 78:40, 41.