Lompat ke kandungan

Apakah yang Dikatakan Yesus tentang Cara Melayan Orang?

Apakah yang Dikatakan Yesus tentang Cara Melayan Orang?

Jawapan Bible

 Semasa menyampaikan Ceramah Di Atas Gunung, Yesus berkata, “Semua hal yang kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu, kamu juga mesti melakukannya untuk mereka.” (Matius 7:12; Lukas 6:31) Dalam satu terjemahan Bible lain, prinsip ini diterjemahkan sebagai: “Buatlah bagi orang lain apa yang kamu suka mereka berbuat bagi kamu.”—Berita Baik Untuk Manusia Moden.

 Apakah maksud prinsip di Matius 7:12?

 Prinsip ini menggalakkan kita untuk memperlakukan orang lain sebagaimana kita ingin diperlakukan. Sebagai contoh, kita suka apabila orang lain memperlakukan kita dengan hormat, baik hati, dan kasih. Jadi, kita juga patut memperlakukan orang lain dalam cara yang sama.

 Mengapakah prinsip ini bermanfaat?

 Prinsip ini dapat digunakan dalam kebanyakan situasi. Misalnya, prinsip ini dapat . . .

 Prinsip ini sama dengan prinsip yang terdapat dalam sebahagian besar Perjanjian Lama. Prinsip ini yang diajarkan oleh Yesus ialah apa “yang dimaksudkan dalam Hukum [lima buku pertama dalam Bible] dan Ajaran Para Nabi [buku-buku nubuat dalam Kitab Ibrani].” (Matius 7:12) Dalam kata lain, prinsip di Matius 7:12 mencerminkan kebenaran penting yang terkandung dalam Perjanjian Lama, iaitu kita harus mengasihi orang lain.—Roma 13:8-10.

 Adakah prinsip ini mengajarkan apa yang dapat kita peroleh daripada orang lain?

 Tidak. Prinsip ini khususnya menggalakkan kita untuk memberi. Semasa Yesus mengajarkan prinsip ini, dia menyebut tentang cara memperlakukan orang lain termasuk musuh-musuh. (Lukas 6:27-31, 35) Jadi, prinsip ini menggalakkan kita untuk berbuat baik kepada semua orang.

 Bagaimanakah anda dapat menerapkan prinsip ini?

  1.  1. Gunakan daya pemerhatian. Cubalah peka terhadap situasi orang lain. Misalnya, anda mungkin memerhatikan bahawa seseorang sedang susah mengangkat barang-barang, jiran anda dimasukkan ke hospital, atau rakan sekerja anda berasa tawar hati. Apabila anda ‘menjaga kepentingan orang lain,’ anda akan mencari peluang untuk mengatakan atau melakukan sesuatu yang dapat membantu mereka.—Filipi 2:4.

  2.  2. Fahami perasaan orang lain. Bayangkan diri anda dalam keadaan orang lain. Apakah perasaan anda jika anda dalam situasi yang sama? (Roma 12:15) Apabila anda cuba memahami perasaan orang lain, anda mungkin tergerak untuk membantu mereka.

  3.  3. Bersikap fleksibel. Ingatlah, setiap orang berbeza. Cara orang lain ingin dilayan tidak semestinya sama dengan cara anda ingin dilayan. Jadi, walaupun ada banyak hal yang anda boleh lakukan untuk mereka, cubalah lakukan apa yang diingini mereka.—1 Korintus 10:24.