Lompat ke kandungan

Adakah Yesus Nama Tuhan?

Adakah Yesus Nama Tuhan?

Jawapan Bible

 Yesus berkata bahawa dia ialah “Anak Tuhan.” (Yohanes 10:36; 11:4) Dia tidak pernah berkata bahawa dia ialah Tuhan Yang Maha Kuasa.

 Lagipun, Yesus berdoa kepada Tuhan. (Matius 26:39) Semasa Yesus mengajar murid-muridnya untuk berdoa, dia berkata, “Bapa kami yang di syurga, semoga nama-Mu disucikan.”—Matius 6:9.

 Yesus menyingkapkan nama Tuhan semasa dia memetik kata-kata dalam Ayat-Ayat Suci. Dia berkata, “Dengarlah, hai Israel! Yehuwa ialah Tuhan kita dan Yehuwalah Tuhan yang esa.”—Markus 12:29; Ulangan 6:4.