Lompat ke kandungan

Adakah Roh-Roh Jahat Wujud?

Adakah Roh-Roh Jahat Wujud?

Jawapan Bible

 Ya. Roh-roh jahat merupakan “malaikat-malaikat yang berdosa,” iaitu makhluk-makhluk roh yang telah memberontak terhadap Tuhan. (2 Petrus 2:4) Malaikat pertama yang menjadi makhluk roh yang jahat ialah Syaitan Si Iblis. Dalam Bible, dia digelar sebagai “ketua roh-roh jahat.”—Matius 12:24, 26.

Pemberontakan pada zaman Nuh

 Bible mencatatkan suatu pemberontakan oleh malaikat-malaikat, yang berlaku sebelum Banjir Besar pada zaman Nuh. “Anak-anak kepada Tuhan yang benar mula memperhatikan bahawa anak-anak perempuan itu cantik. Maka mereka mula mengambil sesiapa sahaja yang diingini sebagai isteri.” (Kejadian 6:2) Malaikat-malaikat yang jahat ini ‘meninggalkan tempat tinggal mereka’ di syurga dan menjelma sebagai manusia untuk melakukan hubungan seks dengan wanita.—Yudas 6.

 Apabila Banjir Besar melanda, malaikat-malaikat jahat ini menjelma semula sebagai makhluk roh lalu kembali ke syurga. Namun, Tuhan telah menyingkirkan mereka daripada keluarga-Nya. Sebagai sebahagian daripada hukuman mereka, roh-roh jahat ini tidak dibenarkan untuk menjelma sebagai manusia lagi.—Efesus 6:11, 12.