Lompat ke kandungan

Video Bible​—Ajaran Penting

Video-video singkat ini menjawab soalan Bible yang penting, seperti: Mengapakah Tuhan menciptakan bumi? Bagaimanakah keadaan orang mati? dan Mengapakah Tuhan membenarkan penderitaan?

Adakah Alam Semesta Diciptakan?

Orang biasanya salah faham dengan kisah penciptaan dalam Bible atau menganggapnya sebagai cerita dongeng. Jadi dapatkah kita mempercayai catatan Bible?

Adakah Tuhan Benar-Benar Wujud?

Perhatikan beberapa bukti yang logik tentang kewujudan Tuhan.

Adakah Tuhan Mempunyai Nama?

Tuhan mempunyai banyak gelaran seperti, Yang Maha Kuasa, Pencipta, dan Tuan. Namun, nama Tuhan muncul lebih daripada 7,000 kali dalam Bible.

Dapatkah Anda Menjadi Sahabat Tuhan?

Selama ratusan tahun, orang ingin tahu tentang Pencipta mereka. Bible dapat bantu kita menjadi sahabat Tuhan. Persahabatan dengan-Nya bermula apabila anda mengenali nama Tuhan.

Siapakah Pengarang Bible?

Patutkah Bible dikatakan sebagai perkhabaran daripada Tuhan, sedangkan manusia yang menulisnya? Fikiran siapakah yang terkandung dalam Bible?

Adakah Bible Benar?

Jika Bible berasal daripada Tuhan, sudah pasti Bible sangat istimewa.

Mengapakah Tuhan Menciptakan Bumi?

Dunia kita penuh dengan ciptaan yang menakjubkan. Tuhan meletakkan bumi di jarak yang sesuai dari matahari, dan memastikan bumi berputar pada kelajuan dan sudut yang sesuai. Mengapakah Tuhan mencurahkan begitu banyak usaha untuk menjadikan bumi kita indah?

Apakah Tujuan Hidup Kita?

Ketahuilah kunci kepada kebahagiaan sejati dan tujuan hidup yang sebenar.

Bagaimanakah Keadaan Orang Mati?

Bible menyatakan bahawa seperti Lazarus, orang mati akan dibangkitkan.

Adakah Neraka Tempat Seksaan yang Kekal?

Bible berkata bahawa “Tuhan itu kasih” dan Dia tidak akan menyeksa orang atas dosa mereka.

Adakah Yesus Tuhan?

Adakah Yesus sama dengan Tuhan Yang Maha Kuasa? Atau mereka ialah individu yang berbeza?

Mengapakah Yesus Mati?

Anda mungkin pernah mendengar bahawa dia mati untuk menebus dosa kita. Namun dapatkah kematian satu orang benar-benar membawa manfaat kepada jutaan orang?

Apa Itu Kerajaan Tuhan?

Semasa menginjil, Yesus mengajarkan Kerajaan Tuhan pada setiap kesempatan. Selama berabad-abad, pengikut Yesus berdoa tentang kedatangan Kerajaan Tuhan.

Kerajaan Tuhan Mula Memerintah pada 1914

Lebih daripada 2,600 tahun dahulu, Tuhan mengilhami satu nubuat dan menyampaikannya melalui sebuah mimpi kepada seorang raja yang berkuasa. Nubuat itu kini menjadi kenyataan.

Dunia Telah Berubah sejak 1914

Keadaan dunia dan sikap orang sejak 1914 menunjukkan bahawa nubuat Bible tentang “hari-hari terakhir” sedang menjadi kenyataan.

Adakah Tuhan yang Menyebabkan Bencana Alam?

Dua mangsa bencana alam menjelaskan apa yang mereka telah belajar daripada Bible.

Mengapakah Tuhan Membenarkan Penderitaan?

Bible memberikan jawapan yang membawa harapan.

Adakah Tuhan Menerima Semua Agama?

Banyak orang percaya bahawa agama yang anda pilih tidak penting.

Apakah Pandangan Tuhan tentang Penggunaan Patung Berhala atau Gambar dalam Ibadat?

Dapatkah patung berhala atau gambar bantu kita mendekati Tuhan yang tidak dapat dilihat?

Adakah Tuhan Mendengar Semua Doa?

Bagaimana jika orang yang berdoa bersikap tamak? Bagaimana pula jika seorang suami mendera isterinya dan kemudiannya berdoa meminta berkat Tuhan?

Apakah Pandangan Tuhan tentang Perkahwinan?

Tuhan mahu perkahwinan anda berjaya. Bible mengandungi nasihat yang telah membantu banyak pasangan meraih kebahagiaan.

Adakah Melihat Pornografi Perbuatan yang Berdosa?

Adakah ungkapan “pornografi” terdapat dalam Bible? Apakah pandangan Tuhan terhadap pornografi?